Isnin, 6 Februari 2012

~SYAIR KERONCONG~

kekasihku hadir sekali lagi,
membawa seruling saktinya,
ingin melagukan irama hati
sambil bersyair buat buah hatinya...

maka terciptalah sebuah keroncong,
mendayu-dayu membawa daku,
ke sebuah alam yg indah
hanya wujud buat diriku.

sungguh terlena aku dibuai,
hingga terhilang seketika,
maka terhiduplah sebuah syair
yg digubah khusus untukku.

wahai kekasih yang bernama ilham,
paparkanlah kehebatanmu,
bukakanlah qalammu,
lukiskanlah isi hati yang terkunci.

wahai diri yang berkhayal,
cermini diri yang dalam kefana'an,
cucikanlah akan wajahmu
yang masih dihiasi warna-warna dunia...

sedarkanlah diri akan kewujudanmu,
abadikan diri pada amanahmu,
jangan lupa akan DIA,
yang tiada mati, kekal selamaNya.;

wahai kekasihku yang hadir,
aku masih dalam pelukanmu,
seruling saktimu masih bermain
sejuta RASA mula menggodaku...

ah...aku kini dlm kegelutan
bertarung...lucunya aku menikmatinya,
akan keindahan keroncong yang bersyair
tiada penghujung dan...

maka...
datanglah fansuriku memberi khutbah;
lalu
tibalah tuah menasihatiku
dan
menjelmalah jebat memberi amaran...

nurkan Islammu,

suburkan Melayumu,

taati yang hakiki...

bukankah aku yang dalm kerugian?!

kekasihku menjeling manja,
kucupan selamat tinggal
tersemai dalam lubuk hati yg berasa
dengan berat aku melepaskan
sehingga kita bertemu dan
berkeroncong lagu

buat buah hatinya...aku.
..Raisya Scorp..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan