Ahad, 12 Februari 2012

Aku Wadon

Aku Wadon
aku hanya seorang wadon,
nasibku sudah terpasung,
dijadikan boneka hidup
yang harus akur setiap perintah.

suara hatiku dibisukan
akan peraturan ciptaan Adam,
tiada diberi ruang untuk menegur
apa tah lagi memberi bantahan ...

setiap silapku wadih kelihatan,
setiap adatku dipertikaikan,
maka disebat dengan kata nista
agar terus menjadi abdi kedaifan
lalu seperti hamba tiada berkuasa ...

aku wadon.
aku yang ingkar.
aku yang enggan tergari
menyerah nasib dengan keluhan
enggan menari akan rentak Adam
kerana wujudku bukan mengabdi diri
pada Adam yang tiada berakal!

~ raisya scorp ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan