Sabtu, 11 Februari 2012

KERANA KASIHKU TERHADAPMU

Keranamu aku di sini
dan keranamu aku masih berkelana di sini
mencari sedikit erti tentang cinta
mencari sedikit erti tentang rindu.

Keranamu aku mengenali erti kasih
dan keranamu aku mengenali erti sayang
di bawah relung kasih kita bersatu
di bawah relung cinta kita bertamu.

Sayangku, inilah bukti kasihku
inilah buktinya kesetiaanku kepadamu
yang aku lakarkan di balik kanvas baldu karya agungku
yang aku lakarkan dari darah aku yang kian membeku kelabu.

Beronak rindu berduri kasihku
yang aku lukiskan di sebalik awan yang biru
sebiru cintaku terhadapmu
kekasihku.

ss-z/spl/pr..12-feb-2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan