Isnin, 13 Februari 2012

~Jika Taming Sari ~

jika taming sari masih wujud,
pasti ramai menjadi korban,
beribu Jebat akan lahir
menuntut hak tiada berasas

jika taming sari masih wujud,

pasti amuk menggila sana sini,
akan mendapat kutukan dunia
maka dituduh pula pengganas baru

jika taming sari masih wujud,

ramai akan menjadi mangsa
nyawa, harta dan maruah tergadai
demi memiliki pusaka Hang Tuah

jika taming sari berwujud

akan hamba menyeru segala kuasa,
mencipta Melayu baru, Melayar murni
disegani setiap kuasa di dunia ini!

~ raisya scorp ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan