Isnin, 6 Februari 2012

~PENAT~

keletihan menjadi raja
memerintah hati, minda dan urat-urat;
tidak mengizinkan walau sesaat
untuk melahirkan idea-idea
atau melaksanakan satu tugasan.

tumpuan yang ada
kosong-seakan separuh mati!

exhausted.

capet..

lekpang...

penat...

keluhan yang terukir
dari bibir dalam keadaan

tidak terdaya!

namun hati memberontak

alasan!

minda mengamuk

dasar pemalas!

urat-urat sendi pula
hanya membisu...

benarkah itu hanya satu excuse
untuk melenyapkan rasa bersalah;
untuk dijadikan sebagai dalil
membenarkan sesuatu yang tidak harus!

ah, diri yang masih
dimonopolikan oleh nafsu
telah dimanipulasikan pula
dengan satu alasan-

bede-bede peyie

penat. letih.

Demi masa! Memang aku dalam kerugian!
..raisya scorp..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan