Sabtu, 11 Februari 2012

Hadirmu Aisya, membawa sakinah.

Ilham datang bersama fajar
menyusun ayat menyampaikan hasrat
setiap detik setiap saat
di kala terlupa, di waktu teringat
di hati ku, namamu tersemat
... ...bersyukur kepada Illahi Pencipta
...terimakasih bonda dan ayahanda
hadirnya kamu, di dalam hidupku
kerana di hari ini, di tahun berlalu
...kelahiranmu diberi nama Aisya
...bagai dijanji pertemuan dan amanah
kasih bertaut,
dua hati dibayangi sakinah.

Bukan hanya sekadar ucapan
bukan juga sebuah lukisan
bukan lirik lagu cinta
kehadiranmu lebih istimewa
".........." tidak perlu kata-kata
kerana dari hati kita bersuara
".........." hitam putih tanpa warna
kita warnai berbagai cerita kita
".........." kita bersama memanjat doa
Semoga bersama meniti usia
mencari Syurga
kehadiranmu...anugerah Dia
kehidupanku lebih bermakna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan