Isnin, 13 Februari 2012

PERJALANAN INI

Akan kutinggalkan tanah yang kupijak ini keranaMu jua:
saat rindu tidak tertanggung lagi
kusebut namaMu berulang kali,
moga tiada lagi halangan bagiku berkasih denganMu Ya Rabbi.

Perjalanan ini ketentuanMu jua:
tiada daya upayaku
hanya Engkau yang mengetahui,
rahsia dan hikmah di sebaliknya...

Ketemukan aku dengan kekasihMu, Muhammad SAW
cintaku kepada Baginda mungkin tidak setanding cintaMu kepada Baginda,
juga tidak setanding cinta isteri-isteri mahupun para sahabat Baginda,
namun kudoa agar hati ini terus memuja dan memuji kekasihMu itu...
kerana siapalah aku tanpa kasih sayang Baginda.

Perjalanan ke rumahMu YA ALLAH
kuharapkan keredhaanMu,
terimalah aku insan berdosa lagi serba kekurangan ini.

Perjalanan ke rumahMu YA ALLAH
moga kasih dan cintaMu kepadaku
tak akan terpadam hingga ke akhir hayatku.

-malhis tompang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan