Sabtu, 11 Februari 2012

~Suara Feminis~

maruah sebagai wanita
dimanakah terletak harganya
disisi mereka yang berkaum Adam?

harga diri sebagai wanita
yang ditentukan akan kehendak
diperintah dan diadili tanpa belas
oleh mereka yang berkaum Adam
di manakah terletaknya
seutas kalung penghargaan?

bukankah wanita manusia
berjiwa halus, berlemah lembut,
tiada ada daya setangkas kamu
yang bersasa, tegap dan hanya
tahu membuli setelah benih-benih
kasih disirami dengan rakus?

bukankah kaumku seperti kamu,
wahai manusia yang berbapa Adam,
berhati, bernafsu & hidup,
ya hidup, bernafas seperti kamu
harus hanya menunduk mengikut
setiap perintah tanpa bersuara????

juga mahu kebebasan
ya, pasti tahu batasnya!

juga mahu ada kuasa

sudah tentu terhad kekuasaanku!

juga mahu dihormati

sebagai seorang hambaNya
adakah itu terlalu mahal bagimu?

seringkali,
keadaan dicabar,

seringkali,

penghargaan dipandang rendah

ah seringkali

dipergunakan, dimanipulasikan ...

seringkali

ditindas

seringkali

diperhambakan
oleh kamu-kamu kaum Adam
yang hanya mahu didewakan!

maruah, harga diri kaumku
bukan untuk diprejudiskan dan
menyalahgunakan dalil-dalil hukum
demi memuaskan kerakusan kekuasaanmu,
wahai kamu-kamu, kaum Adam
yang kebanyakan-egoistik! 

... raisya scorp ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan