Rabu, 15 Februari 2012

Mengetuk Pintu Kenangan...

Apa khabar Sayang,
berlama kamu kuperhatikan sepi.
Berkurung di sebalik pintu kenangan yang kuncinya
telah kucampak ke lautan berdarah.
Tetapi entah anehnya,
ketika kuberlarian di gigi pantai
kutemui jejak kenangan.Lalu kukutip dan kukenang.
Tiba-tiba kuternampak kilau yang menyilaukan
Ah..pelik! Kunci yang kucampak jauh ke lautan bisa ada di daratan.
Untuk pertama kalinya, aku hampiri tembok usang
bergetar, kuketuk pintu kenangan.
Sewaktu pintunya terbuka,
Masih mampu kamu tersenyum menyambut hadirku.
Bagai mahu menangis kala kurenung matamu,
ada sinar harapan berkelip tiada henti.
Kamu mempelawaku masuk dan duduk...
dari sisi ini, kumencuri pandang.
Kamu tanyakan, masihkan ada sedikit sayang....

HasmaMaymeng-14/2/2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan