Khamis, 9 Februari 2012

Sedetik Hayat

Di malam hari tunduk bertafakur
Kehadrat ilahi mengungkap syukur
Telah kurakam segala detik hayat
Di sudut kalbu di kolam ingatan
Agar tidak terpadam dalam kemeriahan zaman.

Selagi berdaun emas berakar umbi
Selagi bernafas kemas berdenyut nadi
Pasti ku seru kesekian alam
Persiapkan diri tika maut menghampiri
Tanpa tanda,
Tanpa kata-kata…
Akan kuseru dengan lidah mahupun hati.

Sewaktu malam menjemput pagi
Sewaktu pagi mengucapkan salam
Bertanya aku kemana pergi
Nilai harga diri dan pekerti budi
Yang semakin kelam dan suram
Ditindih oleh bayang-bayang riak
Dirampas masa dihimpit sesak
Tidak terhitung berapa kira
Jumlah dosa yang diterima
Tidak terundi berapa hari
Markah hidup yang diberi.

Songsang hati terubat berulat
Lewat temui diri hidup singkat
Adukan niat baik jahat
Pada nama yang tersedia
Di pintu syurga neraka.

alyssa ezzura
9/2/2012
bandar baru sungai buloh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan