Isnin, 13 Februari 2012

~Andai Kau Mengerti~

Andaikan engkau mengerti
perasaanku saat ini
memahami rasa yang kumiliki
pasti kau akan tertunduk malu

Engkau tak mengerti itu

tak pernah peduli,
engkau tak pernah acuhkan aku
walau sering bersamaku

Aku pemujamu yang tak engkau kenali
sedikitpun sepercik pun kini
dan biarkan kumenatapmu
dengan perasaanku
yang menggebu tiada henti.

Andaikan engkau mengerti
tetapi biarkanlah aku berdiam,
perasaanku begitu besar terhadapmu
kuhanya memintamu agar
mengerti akan perasaanku ini
begitu besar terhadapmu.

Izinkanlah aku berada di hatimu
walaupun di sudut paling jauh,
bertempat di hatimu untukku
kerana kuamat menyayangi dirimu;
kau teristimewa dalam hidupku!

Andaikan engkau mengerti
pasti kau akan tersenyum
menemani sisa hidupku
dengan sentuhan manja kudambakan

Pasti kau akan menyambut salamku
dengan ucapan penuh kemesraan,
namun aku tetap bersyukur
kerana tanpa kau ketahui
aku sudah tetapkan kau di
relung hatiku ...

Andai engkau mengerti
betapa aku amat mencintaimu,
kusanggup berkorban demimu
bertaruh nyawa, aku tiada gentar!

Kau yang kuratukan
di mahligai cinta yang kubina
di setiap dinding wajahmu kulukis
kini tiada wajah lain yang dapat
mengganti cintaku padamu!

~isma anis al-fikri~
♥ 13 Feb 2012 ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan