Jumaat, 3 Februari 2012

DI HUJUNG RANTING

Aku berkelana di daerah sendiri
mencari diri yang hilang
di Pantai Teluk Ketapang
ikan, sotong udang bersalut tepong
terus ku ratah
ku terus mencari dan merenung
menggamit nostalgia silam

di kejauhan hamparan Laut China Selatan

hembusan angin yg mendamaikan
dengan alunan ombak
mesra membelai pantai
ku kutip satu persatu derita semalam
ku jaring sebungkal kesedihan
terus ku lontar jauh
ke dasar Laut China Selatan
takkan kudamba lagi kehadiranmu

DI HUJUNG RANTING terlerai segalanya

terungkai seribu memori luka
yang kemas tersimpul
terima kasih buat sebuah nama
yang sangat indah
seorang insan kudus INDAH HAIRANI
kerana menghidangkanku
DI HUJUNG RANTING
hanya kau dan aku yang tahu
rahsia yang terselindung
di sebalik DI HUJUNG RANTING
semoga terus kemas di dalam dakapanmu....

Zainab Ngah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan