Rabu, 8 Februari 2012

Wasiatku

sekujur kaku pengemis cinta dimamah usia
tanpa dapat merasai erti cinta sebenar
sebelum mengenali erti kasih sayang
ditinggalkan tanpa menggucapkan selamat tinggal
begitu tragis kehidupannya
namun dia berusaha untuk meraih pada yang sudi namun hampa
kerana waktu tidak mengizinkan dia menunggu dengan begitu lama
meninggalkan semua yang pernah dia miliki
ketika semuanya berakhir sekeping warkah untuk tatapan yang memahami hatinya...

"Sayang, jika kau mengerti bahawa kini aku masih menanti kasih dan sayangmu. Tidak jemu untuk aku menanti saat itu. Aku masih menanti walaupun dirimu tidak pernah merasakan apa yang aku rasakan. Aku mengerti Sayangku, kau bukan milikku. Namun aku masih mengharapkan bahawa suatu hari nanti kau akan menerimaku dengan hatimu yang ikhlas. Kanku saluti dirimu dengan kasih sayang walaupun aku tidak memiliki harta yang bergunung-ganang. Tapi aku punya hati dan perasaan seperti orang lain juga. Sebelum kau membaca warkahku ini kemungkinan aku tiada lagi disisimu. Hanya sekeping doa agar kau bahagia dan menemui cinta yang hakiki. Untukmu Sayang...segalanya untukmu. Percayalah!"

warkah itu digenggam erat hingga nafas yang terakhir.......begitu setia pencinta ini...

~isma anis al-fikri~
♥ 08 Feb 2011 ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan