Selasa, 7 Februari 2012

SEANDAINYA

Andai dapatku matikan cinta terhadapmu
pasti tiada lagi lara dalam hati ini
biar beribu tahun
aku agak ia lebih baik daripada kau berterusan menyakiti
kau tidak pernah sedar
bahawa cinta ini membunuh aku dalam diam
seolah aku ditikam hebat kerana merindumu tanpa henti
yang akhirnya aku terdampar luka.

Kiranya aku mampu padam namamu di hati ini
pasti tiada lagi kenangan kita bersama
biar kenangan itu berhenti menghantui
aku agak ia lebih baik daripada aku hidup dengan bayang-bayangmu
kau tak pernah peduli
bahawa cinta ini menjalar seperti barah dalam diam
seolah aku dijangkiti tanpa penawar kerana menyintai sepenuh jiwa
yang akhirnya aku berteman duka.

...comoc comic...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan