Ahad, 5 Februari 2012

~Nur Yang Aswad~

nur bersinar dalam megah
mengakui akan kebesarannya
tika saat digelapkan
maka berkecailah ia dalam keinsafan ...

bukankah aku nurMU,
yang masih dalam kedaifan
tiada tahu, tiada mengenali
kerana tersirat berat akan
aswad di hati ...?

ingin kupanikan aswad itu
cuba ku fitrahkan kalimahMU
mungkinkah bebunga zikirku
tiada segarnya MAKA masih
berkarat noda-noda itu?!

ya Rabb,
kararkan hati yang bergelora,
kafankan jiwaku mastuli kasihMU,
agar aku tiada mendapat kerama
kurnia laknatMU yang amat kugeruni!

runduklah setiap dosaku
raiblah ia dari siarah hidupku,
agar aku dapat menjadi pacalMU
bercitrakan Sita yang tiada tercela!
Raisya Scorp
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan