Ahad, 5 Februari 2012

MENANTI KHABAR SATU KEPULANGAN

malam ini ada kesepian
malam ini ada keresahan
kubiarkan angin keras menampar pipi
lalu bingkas sebuah memori
terasa bahang panas
menerjah kotak ingatan
aku resah lagi

menanti musim kembali berbunga
menambah lagi kemarau di hati
harapan telah lama gugur
bagai dedaun kering
hati ini berjiwa kosong
di anjung malam
aku sendirian berdiri
menanti dan menanti
khabar satu kepulangan
dari dingin
angin selatan...

salam semanis puisi :
Ayahanda Chik
kamsis dr. burhanuddin helmi
ukm bangi selangor darul ehsan
19 Julai 1988

Tiada ulasan:

Catat Ulasan