Isnin, 6 Februari 2012

~ MATA KITA ~

mata kita sering bertentangan
hati menatap dalam kekeluan

mulut berbicara dalam kebisuan
mata pula yang melakarkan sketsa

hati pula yang mencetuskan idea

lalu menyulam rasa lahir dari kalbu
lalu mentutas rasa indah di minda

mata kita mula merindu menatap
sepasang mata yang tiada berwajah

wajahnya tertulis di kalbu
mata terus bertentangan dalam bahasa tulisan

dan hati terus bersatu dalam bahasa penghayatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan