Rabu, 8 Februari 2012

Lepaskan Aku Pergi...

Esok, bila aku hendak pulang ke tempat asalku.
Jangan kau iringi langkah ini.
Kutak ingin lemah lagi.
Usah kau mengharap kuakan kembali
Kutak mahu terluka lagi.
Tak perlu kau hulurkan salam seperti selalu..
Kutak sanggup menatap erat jemarimu..
Tak payahlah kau bertanya bila kuakan datang lagi
Aku lesu memikirkan waktunya.
Lepaskanlah aku pergi, aku tidak bererti lagi buatmu.
Kau telah temui cinta baru..
Pergiku untuk menutup resah yang mencengkam..
aku enggan menangis lagi.

HasmaMaymeng 8.2.2012-SelayangBaru,KL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan