Isnin, 6 Februari 2012

Dan Jika Esok

angin masih berhembus
menari
menyulam
lalu bersuara
tentang titis titis gerimis
tentang ombak yang tiada pernah jemu
tentang suara dari laut
yang bercelaru

sesekali
desir ombak
bersuara lantang
apa lah yang ada pada beting
apa lah yang ada pada pepasir
hanya sesekali
ombak menderu
yang terdengar
sayu sayu meninggalkan pantai
mungkin esok atau lusa
ombak itu datang lagi
membawa cebis cebis doa
buat nelayan yang turun
hanya mencari sesuap

dan jika esok
hembusan itu tidak lagi berbunyi
ketahui lah
ikan ikan sudah tidak ada
perahu nelayan udah bocor
pukat terus hancur
hanya yang tinggal
gobok tua di hujung pantai
yang goyah lalu tumbang

dan jika esok
suara suara itu sudah tidak ada
ingat lah ....
ombak dan desir
masih jua akan datang
walau hanya sekejap
kerana rindu
pada hembusan bayu
sedang warna pelangi
masih jua kabur
di balik awan

dan jika esok
gerimis sudah tiada
tanamkan dalam diri
bahawa kita tidak lama disini

...cik bunga azilawati...

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan