~(T_T)nilai kasih seorang Ibu~
Sekadar perkongsian kesyukuran~
-------------------------------------------
.........
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron, menyambut kertas yang
dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu :
Tolong pergi kedai RM1.00
Tolong jaga adik RM2.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM2.00
Tolong sapu sampah RM2.00
JUMLAH RM15.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berligar-ligar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - Percuma
JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si
ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan
ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada
mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seseorang telah bertemu
Rasulullah dan bertanya, 'Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak
mendapat layanan baik daripadaku?" Rasulullah menjawab, "Ibumu (dan
diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara
terdekatmu."
* Dan janganlah kita merasakan bahawa kita telah
membalas jasa ibu walaupun kita telah melakukan pelbagai kebaikan
kepadanya. Sesungguhnya jasa ibu tidak boleh terbalas oleh kita,
sekiranya kita merasakan demikian kita adalah anak yang kurang
bersyukur."
Tiada yang lebih gembira bagi ibu bapa melainkan
melihat anak2 mereka menjadi anak yang soleh, anak yang sentiasa
berakhlak mulia, anak yang santiasa mendoakan mereka, anak yang sentiasa
baik dengan kenalan2 mereka, anak yang sentiasa menolong orang lain dan
anak yang dapat menyembahyang jenazah mereka nanti..
Al-Fatihah buat ibu2 yang telah kembali kepadaNya.
Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan