~ Nasihat ~
Bila manusia sudah jahil akan agama
iblis dan syaitan bertepuk gembira.
Bila maksiat dan dosa sudah berkeliaran
maka Nerakalah yang bakal dihidangkan.
Manusia alpa bahawa suatu saat nanti
setiap anggota tubuh akan ditanya dan dihakimi
mulut akan diam membisu seribu bahasa
hanya mata, tangan, kaki dan hati akan berkata-kata.
Risaukanlah diri kita
andai hati dan jiwa tidak merasa gementar
tatkala nama Allah Yang Maha Agung dilaungkan.
Carilah kembali
di mana hilangnya iman dan takwa dalam diri
setelah diluput oleh dosa yang semakin bertakung di kolam hati.
Jangan sesekali kita lupa
bahawa balasan Allah itu pasti akan menimpa
setiap pelaku dosa dan noda.
Jangan pernah kita lupa
bahawa Allah sentiasa ada bersama..
untuk memerhati setiap gerak dan tingkah laku hamba-Nya ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan