Sabtu, 11 Februari 2012

~KuSambutMu SeadaNya~


Aku menatap wajahmu dipenuhi luka,
ada cahaya cinta terpancar
kasihmu bersinar di segenap relung hatiku
senyuman sepoi bahasa angin menyapa,
terasa tapi tidak terlihat oleh mata
kata tidak mampu mengungkap
cinta kasih rindu dan segala perasaanku
tentang dirimu, pada sesama manusia
kutabalkan- kaulah cinta matiku.

LALU;

aku hulurkan tanganku nan kasar
yang lelah dikasari batu-batan hidup,
menyambut tanganmu sehalus kelopak mawar
menunduk, getarannya, tiada mampu kuhayati
keindahan yang terlukis ...
TERLIHAT
serelung hati berduka parah,
kucuba berikan penawar
agar kau tidak dicemari sendu
dalam titian masa nan kejam
DAN

kausambut huluran tanganku nan kasar itu
bersama sejuta pengharapan agar
dikau, yang kupuja ... tak bisa berpaling lagi dariku
KERANA
kuterima dirimu dengan setelus hati
bagiku dirimu amat terindah dalam hidupku
walaupun dirimu dibelenggu memori silam yang lampau

TELAH

kulihat kaca sendu berkristal
jatuh menyentuh kulitmu,
melihat parut-parut berdarah luka
tersembunyi di sebalik hati ...
KINI
tataplah jendela mataku
bukan seraut wajah yang tersenyum
mengukir dalam tawa pilu ironis ...
KUBERANIKAN DIRI
menatap wajahmu, merenungi matamu
kuselami hatimu, cuba hayati jiwamu
kuketahui dirimu banyak menyimpan peti berahsia
yang banyak meninggalkan kesakitan dalam perjalanan hidupmu

OLEH ITU

luka, dilukai, terluka
kuterimamu seadanya
kerana aku juga tiada sempurna :))

~isma anis al-fikri~
♥ 12 Feb 2012 ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan