Walaupun kau semakin tua
tapi di mataku
kau sentiasa muda
anggun dan santun belaka
tiada alasan untuk dipersenda
jauh sekali untuk dilupa.
Selagi hayat masih ada
akan kujaga sepenuh jiwa raga
kerana kau adalah bahasa pusaka
lambang ketamadunan satu bangsa
yang menyatukan segala bangsa di Malaysia.
Akan kuracun gerombolan anai-anai
yang memakan dinding dan lantai
akan kubunuh lipan dan kala
yang cuba menyengat bisa
agar keunggulanmu terpelihara
di mata anak cucu kita.
Jika hari ini
kita berikan mereka
sebuah lelayang dan seutas tali
tidak mustahil suatu hari nanti
mereka pasti
akan cuba menjuaknya ke langit tinggi.
tapi di mataku
kau sentiasa muda
anggun dan santun belaka
tiada alasan untuk dipersenda
jauh sekali untuk dilupa.
Selagi hayat masih ada
akan kujaga sepenuh jiwa raga
kerana kau adalah bahasa pusaka
lambang ketamadunan satu bangsa
yang menyatukan segala bangsa di Malaysia.
Akan kuracun gerombolan anai-anai
yang memakan dinding dan lantai
akan kubunuh lipan dan kala
yang cuba menyengat bisa
agar keunggulanmu terpelihara
di mata anak cucu kita.
Jika hari ini
kita berikan mereka
sebuah lelayang dan seutas tali
tidak mustahil suatu hari nanti
mereka pasti
akan cuba menjuaknya ke langit tinggi.
Rosnani Ahmad
Lembah Bujang
09022012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan