Sabtu, 11 Februari 2012

~ SAYANG ~

Sayang...
Terharu sungguh aku terharu
Mendengar bicaramu tadi
Kau tetap mengharapkanku
Walau apa pun yang terjadi.

Sayang...
Bolehkah aku
Menjadi insan yang seperti kau harapkan
Aku ragu dan bimbang
Aku hanya insan yang serba kekurangan.

Sayang...
Aku mohon kepadamu
Jangan letakkan harapan
Yang terlalu tinggi
Kerana aku takut
harapan itu hanya tinggal
Satu harapan.

Sayang...
Berserahlah pada yang Maha Esa..
Andai ada jodoh antara kita
Pastu ianya tak akan kemana-mana
Kerana jodoh dan maut itu hanya di tangan-NYA ...
~ fauziah ali ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan