Khamis, 9 Februari 2012

SENJA NAN MERAH

senja itu...angin berhenti berhembus
camar-camar hinggap di dahan
air sungai seakan enggan mengalir

senja nan merah itu

...menyaksikan pemergianmu
kau ku tinggalkan bersemadi di senja itu
kerna kita kini di alam yang berbeza

Senja penghabisan kau itu

adalah permulaan rinduku
yang tiada bernokhtah.

~Yahti Hayati~

1 ulasan: