Utara, Barat dan Selatan berpecah belah
Takhta-takhta beruntuhan, empayar bergoyang-goyang
Larilah dikau ke Timur yang murni
Di sana menghirup udara sang Patriakh
Apatah lagi dengan cinta, anggur dan nyanyian
Telaga al-Khidir membuat kau muda
Di sana di tengah yang murni, adil dan benar
Bangsa manusia akan kupacu
Kembali ke asal-muasal yang dalam
Di sana mereka masih menerima daripada Tuhan
Ajaran syurgawi dalam bahasa duniawi
Tanpa meragu-ragukannya
Di sana nenek moyang dikagumi
Tiap penyembahan asing diharamkan oleh undang-undang
Dalam wawasan remaja aku hidup dengan gembira
Biarlah imanku teguh, dan keraguanku sedikit
Di sanalah kata berkuasa dan menggugah rasa
Kerana ia adalah ujaran lisan
Di kalangan gembala ingin ku berada
Dan beristirehat di oasis
Bila bersama kafilah aku berjalan
Berdagang selendang, kopi dan kesturi
Setiap laluan ingin kutempuhi
Dari padang pasir dan bandar-bandar
Dan naik turun jalan kasar berkerikil
Nyanyianmu, Hafiz, memberi keselesaan
Apabila pemandu, tinggi di atas baghalnya
Menyanyi dengan memukau
Ia membangkitkan bintang-bintang
Atau menakutkan penyamun
Di hamam dan di tempat minum
Kuingin mengingatimu, Hafiz yang suci
Kalau sang kekasih menyelak selendang
Semerbaklah wangi ambar dari gulung rambutnya
Ya, bisikan cinta sang penyair
Pasti membakar nafsu para hauri
Kalau kau iri hati terhadapnya
Atau merosakkan kebahagiaannya
Ketahuilah bahawa kata-kata sang penyair
Melantun hingga ke pintu Syurga
Berlegar, mengetuk dan meminta
Kehidupan firdausi yang abadi...

~>Liz_8/2/2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan