Isnin, 13 Februari 2012

CERITA PADA SUATU PAGI DI SUATU LORONG

di suatu pagi
pada suatu hari
aku terpandang seorang budak lelaki kecil
tercatuk di pinggir jalan di sebuah lorong
matanya redup memandang ke wajah setiap orang
sugul wajahnya bersalut tanah terpalit kehitaman
tubuh kecilnya nampak kurus tak bermaya
buncit perutnya terkandung angin
wajahnya mendongak memandang tapi terpamer rasa takut-takut
bila aku memandangnya dengan cepat dia menunduk bisu
bila dia terkilas semula nampak semakin cemas kerana aku menghampiri
bila aku dekat dengan cepat dia bangun
bila aku ingin menegur dia lantas lari ke depan lorong
tiba-tiba ku lihat seorang perempuan muda keluar dari lorong gelap
terpapah tangannya pada seorang lelaki
lantas di tarik tangan anak kecil itu
mereka berjalan perlahan melintasi aku
perempuan itu menjeling sambil berkata manja
"abang nak servis ke" terkaku aku seketika
tiba-tiba anak kecil itu berkata "mak, din lapar..."
aku terkejut serta kasihan
sambil tunduk aku mengorak langkah bertentangan
"apakah ini juga adalah sandiwara dunia?"

~Ibrahim Omar~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan