~Ku luahkan segala ...~
diri ini tiada bernilai
bukan permata yang berharga
bukan berlian yang berkilauan
hanya diibaratkan oleh seseorang
sekuntum bunga dalam krsital...
maka itu
aku sedar siapalah aku
disisi mu yang kupuja
yang kusanjung tinggi
yang sebenarnya
namamu kucoret
dalam hati
berkali-kali.
aku tidak pinta
balasan daripadamu
tiada juga ku mengharapkan
cinta ataupun kasihmu
yang sesegar embun pagi
seindah pelangi
kerana aku sedar
siapalah aku ...
ini bukan simpati
sebab aku bukan pengemis,
ini bukan permohonan
kerana aku tidak meminta
dan ini bukan menagih belas
kerana aku bukan penagih ...
mungkin aku dituduh cengeng
mungkin aku dipanggil jiwang
kerana menulis dalam nada yang
tiada bermanfaat padamu atau memberi
sebarang kesan dalam dirimu
tuduhlah, ejeklah
aku hanya mahu luahkan
yang terpedam dalam kamar hati
agar dapat kuubati setiap luka
yang masih segar berdarah
kerana aku adalah aku
kau tetap kau
yang enggan mengaku
keegoan seseorang lelaki ...
terimalah aku seadanya
hargailah aku seadanya,
sesungguhnya aku hanya
hambaNya yang daif
seperti kamu juga.
~raisya scorp~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan