NOTA YANG TERAKHIR
sayang
ku tulis sesuatu
diatas kertas yang telah kau renyukan
serenyuk hatiku yang kau sakiti
tak mampu kubaluti dengan penawar
tak mampu kuoles dengan ubat pelali
ku biarkan ia terus bernanah
ku biarkan ia terus mendidih
segalanya biar kau lebih mengerti
bahawa hatiku tak perlu kau lukakan
bahawa jiwaku tak perlu kau sakiti
cukup sekadar kau memahami
nota ini adalah untukmu
nota ini adalah hatiku
nota ini adalah cintaku
sia-sia kukorban segala
pada kasih dan cinta kita
sehingga kau terlupa pada janji
sesungguhnya ia tak bererti
pada dirimu yang semakin hilang
kesetiaan
keyakinan
kepercayaan
kerna kegoaan menguasai diri
sehingga terlupa untuk kau memahami
erti kasih dan sayangku
erti kejujuran dan kepercayaan
yang kita dambakan
Ika Shahida
Tiada ulasan:
Catat Ulasan