Selasa, 14 Februari 2012

Pulang Ke Negeri Abadi

Allah telah menjemputmu pulang
kembalilah sahabat,selamat jalan
temui kasih cintamu,cintaku juga
kata orang,Dia lebih menyayangimu
kembalilah ke dakapan kasih-Nya tanpa ragu.

Tanpa henti telah kau rempuh onak dan duri
-Mencari Destinasi Hakiki
"Kalaupun berlopak-lopak
apalagi berliku-liku
jalan tetap perlu
untuk sampai ke destinasi hakiki''.
Kini aku pasti kau sedang meluncur ke destinasimu.

Aku pasti akan menanti dalam sepi
tiada lagi nyanyi sunyi Pak Langmu
lalu Pak Lang kehilangan tajam taji ayam jaguhnya
meninggalkan reban Pak Lang kosong lengang
dan sawah Pak Lang akan dipenuhi lalang
langsung aku akan merinduimu tanpa ada penggantinya.

Pulanglah sahabat,pulang ke Negeri Abadi
destinasi terakhirmu,destinasiku juga
tinggalkan lopak-lopak dan liku-liku hitam duniawi
yang telah banyak mengotor dan melukai
kelak aku menyusul jejak-jejakmu pasti
kelak aku mendoakan kita bertemu di Jannatul Naim.

Yajuk
Bukit jering
13 feb 2012

Tentang Ibumu

marilah sejenak berbual
dalam sejuknya pagi
menyentuh embun sebening kristal
menempel di pepucuk daun
dan rumput
dan matamu
tempat air selalu menggumpal dan jatuh
setelah kauceriterakan
dari masa kecilmu yang naif
cerita tentang ibumu yang
pergi bersama bidadari
meninggalkanmu yang sedang menetek di teteknya
yang kering
kaumenangis
sampai hari ini

: Bintang Kartika
14 february, 2012
10.28pm

Aku MerindukanMuu...

Aku merindukanmu walaupun
hanya satu huruf yang tersisa,
aku bahagia melihatmu bahagia,
tawa ceria dan kalimat-kalimatmu
kurindukan selalu.

Aku merindukan cahaya matamu

tika kau tergelak manja
pancarannya mengusik sanubariku
hingga aku selalu rindukannya ...

Aku merindukanmu walaupun
hanya satu nada getaran rasa
yang kau wujudkan setiap kali
senyumanmu mekar menghiburkan
itu kurindukan selalu.

Aku merindukan setiap kemesraan terhulur,
kehalusan jiwamu nan pesona
mengoborkan semangatku tukku berjuang
hingga aku angkat pena
kulakarkan puisi ini
khas untuk dewiku!

isma anis al-fikri
♥ 14 Feb 2012 ♥

~ Tidak Mengapalah ~

Lalu kita bercakap dalam gelap
tidak perlu memang, menatap wajahmu
kerana kata sudah cukup
untuk kita juga ketika
kita bercakap dalam diam.

Ada yang tersampaikan
sesuatu yang ingin kita pelihara bersama
nama kamu, nama saya, bersanding bersama
tertera pada kenangan
meski kenangan kadang tidak setia

Tidak mengapalah, kita memang terbiasa mengalah
bukankah ketika kita saling memandang
yang nampak adalah
kehampaan?

~Bintang Kartika~

~BISA TERASA~

Lemah ku terasa saat ini..
antara sedar ku terlena
namun masih kedengaran lagi ..
bisikan menusuk kalbu tajam bak sembilu
kau lontarkan disebalik senyuman
manis .

Namun tika merasakannya
pahit sepahit hempedu
masih terasa lagi ku telan jua...
andai airmataku ini
mampu buat hatimu
ketahui apa yang bersarang dihatiku
semua mudah dalam perjalanan
cinta ini.....

Namun airmataku sudah sebati dengan ku
andai ku undur waktu
inginku bersendirian..
namun ku tak mampu.....
kerna hati tidak mudah melepaskan
cinta pergi..

Bila saat terasa lagi
ku sudah tidak berdaya lagi
melayan perasan hati..
disakiti...sudah sebati..
namun mengapa masih kucintai

Andai kau ketahui..
keindahan berputik cinta kita
satu ketika dulu
masih mekar diingatanku
hingga kini.......saat itu ingin ku ulangi kembali
namun sukar.....
yang ku mampu katakan terimalah seadanya
walaupun kadangkala kepedihan kata kata
masih terasa lagi.......
beginilah cinta ..lagi sakit
lagi tak mampu melepaskan......kasih sayang.....

~ummi marsheyta~

~ Nasihat ~

Bila manusia sudah jahil akan agama
iblis dan syaitan bertepuk gembira.
Bila maksiat dan dosa sudah berkeliaran
maka Nerakalah yang bakal dihidangkan.

Manusia alpa bahawa suatu saat nanti
setiap anggota tubuh akan ditanya dan dihakimi
mulut akan diam membisu seribu bahasa
hanya mata, tangan, kaki dan hati akan berkata-kata.

Risaukanlah diri kita
andai hati dan jiwa tidak merasa gementar
tatkala nama Allah Yang Maha Agung dilaungkan.

Carilah kembali
di mana hilangnya iman dan takwa dalam diri
setelah diluput oleh dosa yang semakin bertakung di kolam hati.

Jangan sesekali kita lupa
bahawa balasan Allah itu pasti akan menimpa
setiap pelaku dosa dan noda.

Jangan pernah kita lupa
bahawa Allah sentiasa ada bersama..
untuk memerhati setiap gerak dan tingkah laku hamba-Nya ...

Syair Imam Hassan Al-Basri

Wahai pemuda pemudi, sedarlah diri..
Tuhan Arasy sedang melihatmu..
Tahukah kamu, apakah balasan pada orang yang selalu buat dosa dan maksiat?

Neraka Sa’ir mengaum memanggil dengan suara yang penuh dahsyat,
Menerkam marah penuh murka ubun-ubun manusia yang berbuat jahat,
Buatlah maksiat semahu-mahu..nanti badanmu api menjilat

Dengarlah nasihatku..maksiat jangan didekat,
Ingatlah kesalahan-kesalahanmu yang sudah banyak kau buat,
Jiwamu telah tergadai jika engkau tidak segera BERTAUBAT..